Home defect inspection

Rumah baru!.
Periksa dahulu.
Pindah dengan yakin.

Cat, jubin dan kemasan mungkin nampak sempurna. Kami bantu semak kecacatan dan sediakan laporan untuk tindakan pemaju.

Lihat apa kami periksa
Minimum 2 pemeriksa · Penerangan selepas pemeriksaan
Ilustrasi pemeriksa meneliti kemasan dinding sebuah apartment baru
MYRA PUTRI · 900 SQFTRM300Pemeriksaan asas / satu lawatan
Visual ilustrasi
2 pemeriksaMinimum untuk pakej asas
1–2 jamBergantung keadaan unit
48 jam bekerjaTempoh penyediaan laporan
Laporan PDFSalinan untuk rujukan anda
Teliti setiap ruang

Yang nampak kecil,
tetap perlu diperiksa.

Daripada kemasan hingga fungsi asas, pemeriksaan merangkumi ruang dan kelengkapan yang dibekalkan pemaju.

01 / PERMUKAAN

Lantai & jubin dinding

Semakan jubin pecah, sumbing, berongga, calar dan retak; termasuk lantai kayu jika dibekalkan.

02 / KEMASAN

Dinding & siling

Retakan, permukaan plaster tidak rata, kesan kotoran dan tompokan air.

03 / BUKA & TUTUP

Pintu & tingkap

Semakan fungsi, calar, kesan kotoran dan kebocoran pada pintu serta tingkap.

04 / ALIRAN AIR

Paip & sanitary fittings

Semakan kebocoran, fungsi kelengkapan sanitari dan sambungan paip air.

05 / KAWASAN BASAH

Waterproofing & saliran

Ujian untuk mengenal pasti kebocoran serta masalah tersumbat pada kawasan yang diperiksa.

06 / KELENGKAPAN

Elektrik & item pemaju

Semakan fungsi sambungan elektrik, komponen dan kelengkapan yang disediakan pemaju.

Thermal imaging

Membantu mengenal pasti petunjuk kebocoran pada dinding dan paip, perbezaan suhu serta pemanasan luar biasa. Dapatan bergantung pada keadaan semasa pemeriksaan.

Pilih tahap pemeriksaan

Skop jelas.
Harga mudah difahami.

Quotation untuk Myra Putri Residence @ Putrajaya
Unit highrise berkeluasan 900 kaki persegi.

Mulakan dengan pemeriksaan asas, atau tambah pemeriksaan pendawaian terperinci untuk satu kotak DB.

PAKEJ ASAS

Pemeriksaan kecacatan rumah

RM300 / unit

Satu lawatan pemeriksaan

  • Semua skop pemeriksaan asas di atas
  • Thermal imaging
  • Minimum 2 pemeriksa
  • Penerangan dapatan selepas pemeriksaan
  • Laporan defect untuk rujukan

Harga berdasarkan quotation unit ini. Untuk keluasan atau projek lain, dapatkan quotation terlebih dahulu. Lawatan susulan dikenakan caj tambahan.

Dari tempahan ke laporan

Anda urus rumah.
Kami bantu semak defect.

01

Semak slot & pakej

Maklumkan lokasi, keluasan unit dan pilihan pemeriksaan anda.

02

Sediakan akses unit

Pastikan air dan elektrik tersedia supaya ujian berkaitan dapat dilakukan.

03

Pemeriksaan di lokasi

Pasukan memeriksa unit dan menerangkan dapatan selepas selesai.

04

Laporan disediakan

Selepas bayaran selesai, laporan disediakan dalam 48 jam waktu bekerja.

Defect direkod.
Rujukan lebih tersusun.

Untuk submission melalui aplikasi pemaju, pasukan laporan akan key in defect dan menghantar salinan lengkap PDF melalui e-mel. Kaedah submission dipersetujui semasa tempahan.

Sebelum buat tempahan

Soalan yang
selalu ditanya.

Beberapa perkara untuk membantu anda bersedia pada hari pemeriksaan.

Berapa lama pemeriksaan mengambil masa?

Anggaran 1–2 jam, bergantung pada keadaan unit. Pakej asas dijalankan oleh minimum 2 pemeriksa; pemeriksaan pendawaian pilihan melibatkan tambahan seorang pemeriksa.

Air dan elektrik perlu tersedia?

Ya. Pastikan bekalan air dan elektrik tersedia sebelum pemeriksaan. Jika perlu menjadualkan lawatan semula kerana bekalan belum tersedia, caj tambahan akan dikenakan.

Bila saya akan menerima laporan?

Laporan disediakan selepas bayaran selesai, dalam tempoh 48 jam waktu bekerja. Ahad dan cuti umum tidak termasuk dalam pengiraan tempoh tersebut.

Adakah pihak Prohome bantu submit kepada pemaju?

Ya, pasukan boleh memasukkan laporan terus ke aplikasi pemaju dan memberikan salinan PDF melalui e-mel. Untuk submission manual, laporan PDF dan hardcopy boleh disediakan. Sahkan kaedah submission dan caj hardcopy semasa tempahan.

Adakah harga termasuk pemeriksaan semula?

Tidak. Quotation ini untuk satu lawatan sahaja. Pemeriksaan susulan atau lawatan tambahan dikenakan caj berasingan.

Ada bantuan jika timbul isu selepas laporan?

Prohome menawarkan konsultasi percuma berkaitan isu tribunal jika diperlukan. Maklumkan situasi anda kepada pasukan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Langkah seterusnya

Dah dapat kunci?
Jom semak keadaan rumah.

Semak slot pemeriksaan dan pakej yang sesuai untuk unit anda.

Pertanyaan pemeriksaan

Semak slot untuk rumah anda

Salin mesej ini dan hantar melalui perbualan WhatsApp anda dengan Prohome Inspection.